Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YB. Dato’/ Y.Bhg. Dato’/ Tuan / Puan,
KEJOHANAN CATUR MAKSAK PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2018
Dengan segala hormatnya saya di arah menarik perhatian YB. Dato’ / Y.Bhg. Dato’/ Tuan / Puan berhubung perkara di atas dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang akan menyertai Kejohanan Catur MAKSAK Malaysia yang akan diadakan pada 18 Oktober hingga 21 Oktober 2018 bertempat di Melaka.
2. Sehubungan dengan itu, Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang akan mengadakan pemilihan pemain catur MAKSAK Pulau Pinang Tahun 2018 yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 19 Ogos 2018 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Seminar PDTSPS, Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
3. Sehubungan itu, adalah dipohon kerjasama pihak YB. Dato’ / Y.Bhg. Dato’/ Tuan / Puan menghebahkan maklumat ini kepada semua pegawai/kakitangan bagi membolehkan mereka menyertai kejohanan tersebut.
Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak YB. Dato’ / Y.Bhg. Dato’/ Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Bersama - sama ini saya sertakan Borang Penyertaan untuk makluman dan perhatian selanjutnya.
Sekian, dimaklumkan.
“MENINGKATKAN PRODUKTIVITI MELALUI SUKAN”
“CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS” “8S:" SEMPURNA DALAM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN"
“CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS” “8S:" SEMPURNA DALAM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN"
Saya yang menurut perintah,
Azizan Bin Yahaya
Pengurus Pasukan Catur MAKSAK Pulau Pinang.
Borang Permohonan dan Syarat Permohonan Adalah Seperti Berikut :
Sila klik link di bawah :
Selamat Maju Jaya...
SEKITAR GAMBAR KEJOHANAN